Pakej Percutian murah di Padang dan Bukittinggi


PAKEJ PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM TOUR KE PADANG, INDONESIA

kelok 33 tasik maninjau Padang Indah Tours
PADANG / BUKIT TINGGI
Harga dari    :
Aturcara Pakej :
HARI 01          : KUALA LUMPUR / PADANG / BUKIT TINGGI   (mt/mm)
Berkumpul di LCCT  3 jam sebelum berlepas . Setibanya di Lapangan terbang Bandara Minangkabau Internasional Padang , peserta akan disambut oleh wakil syarikat. Kemudian peserta akan dibawa ke Bukit Tinggi dan dalam perjalanan peserta akan melalui Lembah Anai dimana anda akan dapat menyaksikan keindahan panorama dan Air Terjun Lembah Anai.  Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian perjalanan diteruskan menuju ke Pandai Sikek sambil menyaksikan pembuatan tenunan kain songket dan ukiran kayu. Tiba di Bukit Tinggi dan check-in hotel. Peserta akan dibawa membeli-belah souvenir di Pasar Atas dan jam Gadang. Makan malam di restoran tempatan. Acara bebas.
Jam Gadang Bukittinggi PT.Joy Holidays
HARI 02          : BUKIT TINGGI / MINANGKABAU            (sp/mt/mm)
Selepas sarapan pagi , peserta akan dibawa melawat ke Pusat Sulaman Hajah Rosma di Desa Baso. Berhenti sebentar di Tabek Patah untuk melihat proses pembuatan kerepek pisang dan kopi. Meneruskan perjalanan ke Batu Sangkar untuk melihat Istana Lindungan Bulan. Makan tengahari di restoran tempatan . Kemudian peserta akan meneruskan lawatan ke Danau Singkarak yang merupakan danau yang terbesar di Sumatera Barat. Makan malam di restoran tempatan dan dilanjutkan dengan menyaksikan Pertunjukan Keseniaan Tradisional Minagkabau ( optional ).
HARI 03          : BUKIT TINGGI / MANINJAU         (sp/mt/mm)
Selepas sarapan pagi , peserta akan dibawa melawat ke Panorama Ngarai Sianok , Terowong Tentera Jepun. Kemudian peserta akan dibawa melawat ke sekitar Kota Gadang tempat pertukangan tangan perak. Kemudian , peserta akan dibawa ke Rumah dan Muzium Prof Buya HAMKA dan Tasik Maninjau.  Kemudian perjalanan diteruskan ke Padang dan setibanya di sana terus check-in hotel. Makan malam akan disediakan di restoran tempatan.
Sianok Canyon Padang Indah Tours
HARI 04          : PADANG / KUALA LUMPUR        (sp)
Selepas sarapan pagi , acara bebas. Kemudian peserta akan bertolak ke Lapanganterbang Internasional Minangkabau , Padang untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
PENGINAPAN :
PADANG          : Bunda Hotel Padang                          
BUKIT TINGGI  : Bunda / Kharisma hotel
 
HARGA TERMASUK :
  1. Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang
  2. Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin dan selesa
  3. Makan 3 x sehari mengikut pakej
  4. Lawatan sebagaimana dalam aturcara
  
HARGA TIDAK TERMASUK :
  1. Tiket penerbangan pergi balik dengan penerbangan AirAsia
  2. Tips (RM20.00)
  3. Cukai Lapnganterbang di Padang

8 thoughts on “Pakej Percutian murah di Padang dan Bukittinggi

  1. Assalamualaikum.. Bisa bagi harga untuk pakej ke bukittinggi untuk 4h3m pada 26-29 jun ini? Bilangan org, saya seorang aje.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s